Wednesday, 7 December 2011



sayang dengan budak kecik ni...
orang cakap budak kecik tak pandai tipukan..
satu hari dia pernah cakap kat aku yang dia sayang aku..
bila aku tanya kenapa?? dia jawab sebab aku sangat baik..layan dia dengan baik..
Ya Allah..time tu hanya tuhan je yang tahu betapa aku rasa terharu...dan daripada situlah aku tekad..aku akan jaga dia sebagaimana aku jaga nyawa aku...dialah harta yang sudah pun mak ngn abah wasiatkan kepada aku..mak,kakak janji..selagi kakak hidup..tidak akan kakak abaikan dia...

pesan mak disuatu mlm dan pada ketika itu hujan sangat lebat..mak nangis tak henti2..aku jadi takut..
"esok lusa,bila aku dah takde..tolonglah jaga Nurul baik2..jangan pernah antar dia pergi rumah anak2 yatim atau bagi kat orang.walau susah mana pun hidup kau nanti.tolonglah..jaga dia baik2...kalau makan batu sekalipun kau bagilah dia makan batu skali..aku tak mahu dia berpisah dengan kau.."

p/s: tersentuh hati ku...maka dari situ...sesapa saja yang berani buli budak kecik ni...aku takkan bagi dia peluang..walaupun peluang untuk dia menjelaskan perkara sebenar...

Sunday, 4 December 2011

mereka kekuatanku...

..pesan mak dan abah...
mak kata..bila da sampai tempat orang yang jauh dari mak ngn abah..pandai2lah jaga diri.
selalu ingat pesan mak..kita tengok orang boleh..tapi ikut mana yang baik dan tak mau ikut mana yang buruk..
tiada yang berharga melainkan melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup..jadi,mak kata..hidup ini kena selalu beringat..sebagai anak sulung aku lah satu-satunya harapan mak ngn abah...abah dah tua..saban mlm abah tahan sakit sbb paksa segala kudrat yang ada demi mencari sesuap nasi untuk kami semua. abah kata
"yang pipih tidak kan datang melayang,yang bulat tidak akan datang bergolek.." semua kemahuan haruslah diiringi dengan usaha...abah penah cakap "saya tak mahu ada pekataan GAGAL..."
abah..selagi nyawa ini terus terkandung dalam jiwa ini..aku janji..akan sentiasa berjuang untuk kalian..
terima kasih mak abah...kalau kalian tahu..aku sayang kalian...

mukaddimah :)

newbies..aku taktau pape pon pasal benda ni...tapi apa yang kau lihat disini adalah apa yang aku rasakan...
aku insan gila yang terlalu gila dengan seni...ambil lah apa saja yang kau mahu..asal jangan dibilang itu kau punya..