Sunday, 22 April 2012

hadiah untuk Aku

#inilah yang aku pertaruhkan untuk hari ini#


Untuk detik ini—
Apa yang paling indah adalah membenamkan kaki di lumpur selut.
Bermain baling-baling selipar bersama anak-anak jiran..
Mengutip butiran guli yang berterabur di atas tanah.
Bergelak ketawa tanpa sedar warna langit kian berubah.
Tidak pulang selagi tidak dilaung-ugut  sang rotan.

Saat yang paling megah dalam hidup ini,
Apabila darah dilutut yang sudah kering,
Masih mengagahkan diri,
Walau nyata pedihnya terasa..
Luka-luka yang tidak akan hilang kalau tidak seminggu.

Tapi untuk saat sekarang??
Kalaulah waktu bisa kuputar kembali..
Terlalu rugi hidup dalam suasana yang tidak lagi wujud kemanusiaan.
Apa yang ada Cuma pembohongan
Cuma sandiwara segenap manusia yang tidak pernah sedar,
Hey! Semua ini dustalah..

Orang kata,hidup ini ibarat sebutir bawang
Yang kita kupas selapis demi selapis,
Dan akhirnya,kita yang menitiskan airmata..
Tapi airmata tidak akan menitis kalau angkaranya tidak wujud..
Saban hari,aku penat menangis,aku penat meratapi..
Arghhh..alangkah indah hidup ini seandainya semua onar dan duri ini..
Mampu ku singkirkan dari hidup.
Aku akui,kepayahan inilah yang mengajar kita tentang hidup..
Tapi bagaimana dengan manusia-manusia yang tidak pernah sedar,
Tingkah dan lakunya cukup menyeksa insan lain???

Aku penat hidup dalam pembohongan ini..
Aku lelah hidup dalam kelalaian ini..
Aku mahu bebas…aku mahu hidup seperti burung diangkasa.
Tapi bagaimana mungkin…jika yang dihadapan ku ini,
Masih mahu terus dibelenggu…
Terlalu sukar untuk mengakui..
Terlalu dunggu..sehingga masih mahu diseret bersama hidup yang nyata dusta belaka..

Tapi aku sedar…
Siapalah aku untuk menyakinkan..
Hari ini..sudah habis madah yang inginku laungkan..
Semuanya sudah habis dan tiada yang tertinggal…

Aku…kau kutip bila kau mahu..
Dan bila tidak? 
Aku kau campak seperti binatang yang tidak punya perasaan..
Apa yang lebih menyedihkan
Walau sakit…aku masih menunggu ditepi jalan..
Dan apa yang aku dapat???
Cuma sepak terajang mu..
Terlebur hancur tulang rusukku…bekecaisepai terpecah belah…
Dengar..jeritan ku..
Jujur tak berfitnah…kau hanya bagiku..satu yang pernah..
Jangan jadikan aku seperti insane-insan yang kau agungkan kini..
Tapi semasa hayatnya??
Kau hina..kau caci…malah kau maki…
Benarlah kata P.ramlee..
Inilah rencah kehidupan dunia..
Pembohong..Dusta..pengkhianat..
Semuanya bergaul rapi menjadi rencah dalam kehidupan..
Yang kononnya penyedap dalam hidup..
Sayang…
Dek kerana rencah kehidupan ini..
Maka lahirlah perempuan-perempuan sundal
Asap-asap kepul ditepi lorong menjadi peneman..
Pupus buaya dikali kerana bertambah buaya didarat..
Anak-anak kecil yang belum sempat merasa maung tanah sendiri
Sudah kau seret ke lubang jamban..
Persis manusia bertopengkan syaitan..

Mengapa terlalu sukar untuk kita sendiri akui..
Hidup ini anugerah istimewa.
Tapi mengapa kita tega mencemarkan dengan ludah jijik yang kita sembur
Tapi akhirnya kita gilap kembali???
Kerna fitrah..manusia itu tamak…
Aku sudah biasa begini..
Hidup bersama insan yang tidak cukup..
Telah aku bagi seluruh jiwa ini..
Ku koyakkan ku jahitkan ke hati
Namun tetap tidak pernah sempurna
Asyik-asyik aku disampahkan.
Sedangkan selama ini berlian yang ku bagikan.
Apa lagi yang perlu aku lakukan?

Tiada apa yang tinggal.
Cuma pembohongan dalam hidup~~

p/s : terima kasih k.fynn...awak adalah pencetus inspirasi saia.

#Terima Ya Allah...selepas 4TAhun ditinggalkan...Alhamdulillah...masih boleh beraksi..
tertarik dengan ayat sorang abang n kakak tadi...
abang : kos ape dik?
aku : major fizik
kakak : wah,budak sains tu..ye lah kalau dah minatkan..
aku : budak sains kak,boleh jadi budak sastera,tapi budak sastera tak boleh jadi budak sains..kan?
kakak : betul2..akak ni orang bm tapi...tulah...hehehe
abang : aku pun sama...

lepas je penyampaian hadiah aku pun meraihkan..hahaha...
mcd vs kfc
thanks kak Alynn jamaludin.. aku dapat dua Apple pIE..hehehe..

sayang awak lebeyh lah!