tahu tak.apa yang lebih menyakitkan dalam hidup ini?? putus cinta?? perkara paling mengarut. .tiada yang lebih menyakitkan melainkan melihat insan yang kita sayang tiba-tiba berubah hanya dalam sekelip mata. senyuman yang dulu menjadi kekuatan bagi diri yang lemah.kini bertukar menjadi tangisan yang menjadi racun saban hari. mungkin aku tidak semalang mereka yang kehilangan kasih ibu atau ayah kerana kematian. tapi siapa sanggup kehilangan insan yang disayang kerana keegoan masing-masing?? sungguh aku tidak sanggup. .tapi apa yang perlu aku lakukan?? aku terhimpit diantara kedua-duanya..oh bukan ketiga-tiga. di antara insan2 yang kusayang. aku binggung..aku buntu..pada siapa harus ku luah?? tiada seorang pun yang mengerti..seandainya senyuman ini mampu membohongi segenap mata yang memandang tetapi tidak pada hati. aku boleh tipu orang lain. tapi aku tak boleh tipu diri sendiri..abah..mak..mungkin saya sudah cukup dewasa untuk menerima tamparan yang cukuo menyakitkan ini..tapi saya tidak sanggup melihat adik-adik saia hidup terkontang kanting..mereka masih muda untuk menerima ujian ini..mereka terlalu mentah untuk memahami semua ni...kalaulah saat ini aku mampu menjerit..aku mahu kalian tahu..aku terlalu sayangkan kedua-dua kalian..aku terhimpit ditengah-tangah..aku binggung..apa penyudahnya cerita sedih ini??? mak abah...berbaiklah..aku mohon...demi adik2..aku mohon...tolonglah..aku takut..aku terlalu takut....aku takut untuk menempu hari esok...aku tiada kekuatan..kerana kekuatanku adalah kalian berdua...aku takut...
mak..abah..
sakit hati ini bila lihat nanok nangis teresak-esak..merayu jangan tinggalkan kami..
sakit hati ini bila lihat nurul terpinga-pinga sebab tak faham apa yang sedang berlaku
sakit hati ini bila terkenangkan apa yang bakal terjadi..aku harap semua ni mimpi ngeri yang akan hilang bila aku bangun besok pagi...
sakit hati ini..sebab aku tidak punya sesiapa untuk aku cerita...
mak..abah..
saya terlalu sayangkan kalian berdua...
seandainya mimpi ngeri itu jadi kenyataan...
tolong jangan pisahkan saia dan adik-adik...
nyawa saia adalah mereka...
mak..abah..mengertilah...
airmata ini tidak akan berhenti selagi tiada perkhabaran yang indah dari kalian..
adik-adik sayang...
kakak ada untuk kalian..aku janji..aku sumpah..aku sanggup korbankan segala-galanya sekiranya untuk kalian..percayalah dik...kakak sentiasa ada untuk kalian..cuma ku harap..biarlah ini cuma mimpi ngeri yang bakal berakhir walaupun lambat..tapi biarlah berakhir dengan khabar yang indah....
SAYA SAYANG KALIAN SEMUA...