kadang-kadang,tidak semua benda yang inginkan akan menjadi seperti apa yang kita mahu.
kadang-kadang,tidak semua yang kita miliki akan terus jadi milik kita.
betullah,hidup ini ibarat sebutir bawang.kita kupas selapis demi selapis dan akhirnya kita kan titiskan air mata.
kadang-kadang juga,hidup ini tidak seperti apa yang kita sangkakan.
aku percaya,disetiap wajah itu,tersimpan 1001 cerita yang kita semua tidak tahu.
disebalik senyuman ini..tersimpan sebuah cerita yang kadang-kadang membuatkan aku putus asa.
tapi kerana janjiku.aku kuatkan semangat supaya suatu hari nanti apa yang aku inginkan akan aku kecapi.
kalaulah aku mampu untuk mengubah segalanya,akan aku ubah setiap cerita ini mencerita cerita gembira. tapi benarlah,setiap kesakitan itulah yang menjadi guru kematangan seseorang. yang manis kadang-kadang menjadi racun..yang pahit kadang-kadang menjadi madu yang manis. sabarlah wahai hati..bertahanlah selagi kau mampu untuk bertahan..
buat insan yang kusayang.....
mak...
kalau kakak boleh kendong segala kesakitan itu,berilah padaku...
biar aku yang menanggung...
mak abah..
kakak sayang kalian...jangan runtuhkan kekuatanku..
kerana kekuatanku adalah kalian...
Ya Allah...kuatkan semangat kami....