Monday, 19 November 2012

..saya memilih untuk berdiam diri saja..

woootttt..wotttt..wooottt...

keadaan semakin panassss... ermm..saya tatau apa masalah perempuan tu. tapi biasalah,bila melibatkan soal hati dan perasaan,orang pompuan memang mudah tewas.. tapikan,dia ni jenis yang tak mengaku kalah...saya tak faham dengan dia lah.. She is Too much!!! klaka pun ada jugak dia ni... dia nak sakitkan hati aku dengan melancarkan perang emosi dan perasaan..ewww...tak goyahlah.. dia guna pic Mr,cinta saya sebagai twiticon dia..tak cukup tu,dia tukar dp pulak,haa..dia letak gambar dia dengan Mr.cinta saya..woaaa...saya cemburu sangat..well..saya serahkan segalanya kepada Allah..Semoga mr.cinta sentiasa tetap dengan pendirian dye...i really hope so.

kepada perempuan itu,
terima kasih bnyak2.. apa yang awak buat ni..awak makin menambahkan sayang saya pada Mr.cinta.. uhmm..maaflah..saya tidak pernah jadi manusia yang pentingkan diri sendiri,tapi saya takkan benarkan AWAK merampas DIA dari saya..OK.. Kesian sangat kat awak... By da way..terima kasih STELLA..ouh STELLA tu nama baru dia..ewww..mcm membawa maksud pencuri kan.. haila.. kesiannya awak..SERAMMM saya..

p/s: buatlah apa pun..saya pilih untuk diam diri..saya tidak akan serang balik..sebab saya tahu,bila awak dah penat..awak akan fedup jugak..

dear Mr.cinta.. I LOVE U sayang!!!!

Friday, 16 November 2012

dear Mr.Cinta...

siapa pun dia dimasa lalu awak..dan dia tiba2 datang tanpa pernah awak sedar.. saya cuba untuk positifkan segala2nya.. sebab saya percayakan awak lebih.. jangan punahkan kepercayaan saya ye sayang... saya tak nak bazirkan airmata saya..  saya sayangkan awak...saya nak awak tahu itu... eh,kita sayang awak moree.. hee..bukan chipsmore taw... Awak,jaga hati awak baik2 ye... saya tak kisah ape pun dia nak tweettt or posttt..hee.. mak saya cakap, Believe on him... so, saya percaya..awak takkan kecewakan saya kan sayang..

Ya Allah, Jagakan dia untuk saya.. kerana saya tidak mampu untuk memegang dia,kerana tiada janji yang mampu menjamin.... 

...Saya Sayang Awak..

...saya suka tgk gmbar ni...
p/s: saya tak cantik,saya malu untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari awak...

Monday, 6 August 2012

"alami keseronokkannya nikmati kepuasannya"


pertama kali menjadi pengarah untuk sebuah program...woa...its not easy as an ABC. tapi setiap pengalaman yang dilalui itu adalah ilmu..dari sini jugak aku belajar tentang sesuatu :
"saat kita jatuh,barulah kita tau siapa kawan dan siapa lawan"
"Allah itu maha agung. Dia tidak akan biarkan hambanya kesempitan keseorangan"
"setiap masalah yang kita lalui pasti ada penyelesaiannya"
HEBAT!!

pengalaman yang tidak akan aku lupakan.

"MERENTAS ARUS DERAS SUNGAI NENGGIRI"

abah's crew!!

sesi menurun ilmu! abah,orang tua yang sangat berpengalaman


the guiders.


sungai nenggiri a.k.a sungai milo..teh pun boleh jugak ni


yeahhh..korang ade meyh???? seronokkk..


yeaaahhh...lanun's teammm....hahahaha.


kayu apii


amal jariah untuk GUA CHA

"pengalaman itu tidak boleh dicipta,kita mesti melaluinya..begitu jugak dengan kenangan..setiap kenangan itu adalah harta yang berharga"

...sungai nenggiri...DONE!!!

teman menangis.

".kita mungkin akan jumpa dengan BEKAS KEKASIH tapi mustahil untuk kita berjumpa dengan BEKAS SAHABAT."
 - pesan MAK
Di saatku butuh dirimu
Ku inginkan kau disisiku
Saat kau perlukan hadirku
Ku janjikan ada untukmu

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Ku nantikan saat bersama
Penuh cerita dan ceria
Redakan beban yang terasa
Memberi warna dalam jiwa

Ku akan selalu berjanji
Untuk segera sampai nanti
Kan selalu ada untukmu temani harimu

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karena kaulah sahabatku

Berjanjilah tak meninggalkanku
Dan janjilah kau tak melupakanku nanti
Dan kita harus selalu menjaga
Arti dari sebuah persahabatan kita ini

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karna kaulah sahabatku

p.s: love this song sooo much..jika terpaksa membuat pilihan antara kekasih dan sahabat..saia tidak sanggup kehilangan sahabat,,


Saturday, 28 April 2012

tersembam menyembah bumi~~

...assalamualaikum...
untuk entri kali ni,aku tatau nak taip apa..
aku tatau nak expresikan apa..
aku sedih sebenarnya..terlalu sedih..
ntah lah..terlalu penat...

kenapa "tersembam menyembah bumi" ??
sebab..aku rasa aku gagal..
gagal menjadi seorang kakak..
aku tewas,tewas dengan kegagalan ku sendiri...
rasanya,seperti mahu ku berlari...berlari laju-laju...
tanpa berhenti..biar kepenatan menutupi segalanya..
tapi,mustahilla kan... aku binggung...binggung lah...

#adik,
maafkan aku..
aku gagal menjadi kakak yang berjaya..
terima kasih kerana kedegilanmu,aku belajar tentang sesuatu..
apa yang mampu aku lakukan?
"gud luck"
semoga kau berjaya dengan jalan yang kau pilih ni...

untuk diri sendiri,
tahniah Marni!
kau gagal!




p/s: buat insan yang punya adik,jadilah yang terbaik...jgn seperti aku yang menikus...aku gagal jadi kakak...nasihatku?? cuma hama yang berterbangan dalam debu yang kotor...aku GAGAL!!!
andai kau pinta bintang di langit,
akan ku terbang ke angkasa,
menjadikan ia kerongsang,
hiasan dibajumu..

mulai detik ini!
aku tekad...
u will never see this tears anymore!
i am swear!!!!
..doaku,hanya untukmu...

Sunday, 22 April 2012

hadiah untuk Aku

#inilah yang aku pertaruhkan untuk hari ini#


Untuk detik ini—
Apa yang paling indah adalah membenamkan kaki di lumpur selut.
Bermain baling-baling selipar bersama anak-anak jiran..
Mengutip butiran guli yang berterabur di atas tanah.
Bergelak ketawa tanpa sedar warna langit kian berubah.
Tidak pulang selagi tidak dilaung-ugut  sang rotan.

Saat yang paling megah dalam hidup ini,
Apabila darah dilutut yang sudah kering,
Masih mengagahkan diri,
Walau nyata pedihnya terasa..
Luka-luka yang tidak akan hilang kalau tidak seminggu.

Tapi untuk saat sekarang??
Kalaulah waktu bisa kuputar kembali..
Terlalu rugi hidup dalam suasana yang tidak lagi wujud kemanusiaan.
Apa yang ada Cuma pembohongan
Cuma sandiwara segenap manusia yang tidak pernah sedar,
Hey! Semua ini dustalah..

Orang kata,hidup ini ibarat sebutir bawang
Yang kita kupas selapis demi selapis,
Dan akhirnya,kita yang menitiskan airmata..
Tapi airmata tidak akan menitis kalau angkaranya tidak wujud..
Saban hari,aku penat menangis,aku penat meratapi..
Arghhh..alangkah indah hidup ini seandainya semua onar dan duri ini..
Mampu ku singkirkan dari hidup.
Aku akui,kepayahan inilah yang mengajar kita tentang hidup..
Tapi bagaimana dengan manusia-manusia yang tidak pernah sedar,
Tingkah dan lakunya cukup menyeksa insan lain???

Aku penat hidup dalam pembohongan ini..
Aku lelah hidup dalam kelalaian ini..
Aku mahu bebas…aku mahu hidup seperti burung diangkasa.
Tapi bagaimana mungkin…jika yang dihadapan ku ini,
Masih mahu terus dibelenggu…
Terlalu sukar untuk mengakui..
Terlalu dunggu..sehingga masih mahu diseret bersama hidup yang nyata dusta belaka..

Tapi aku sedar…
Siapalah aku untuk menyakinkan..
Hari ini..sudah habis madah yang inginku laungkan..
Semuanya sudah habis dan tiada yang tertinggal…

Aku…kau kutip bila kau mahu..
Dan bila tidak? 
Aku kau campak seperti binatang yang tidak punya perasaan..
Apa yang lebih menyedihkan
Walau sakit…aku masih menunggu ditepi jalan..
Dan apa yang aku dapat???
Cuma sepak terajang mu..
Terlebur hancur tulang rusukku…bekecaisepai terpecah belah…
Dengar..jeritan ku..
Jujur tak berfitnah…kau hanya bagiku..satu yang pernah..
Jangan jadikan aku seperti insane-insan yang kau agungkan kini..
Tapi semasa hayatnya??
Kau hina..kau caci…malah kau maki…
Benarlah kata P.ramlee..
Inilah rencah kehidupan dunia..
Pembohong..Dusta..pengkhianat..
Semuanya bergaul rapi menjadi rencah dalam kehidupan..
Yang kononnya penyedap dalam hidup..
Sayang…
Dek kerana rencah kehidupan ini..
Maka lahirlah perempuan-perempuan sundal
Asap-asap kepul ditepi lorong menjadi peneman..
Pupus buaya dikali kerana bertambah buaya didarat..
Anak-anak kecil yang belum sempat merasa maung tanah sendiri
Sudah kau seret ke lubang jamban..
Persis manusia bertopengkan syaitan..

Mengapa terlalu sukar untuk kita sendiri akui..
Hidup ini anugerah istimewa.
Tapi mengapa kita tega mencemarkan dengan ludah jijik yang kita sembur
Tapi akhirnya kita gilap kembali???
Kerna fitrah..manusia itu tamak…
Aku sudah biasa begini..
Hidup bersama insan yang tidak cukup..
Telah aku bagi seluruh jiwa ini..
Ku koyakkan ku jahitkan ke hati
Namun tetap tidak pernah sempurna
Asyik-asyik aku disampahkan.
Sedangkan selama ini berlian yang ku bagikan.
Apa lagi yang perlu aku lakukan?

Tiada apa yang tinggal.
Cuma pembohongan dalam hidup~~

p/s : terima kasih k.fynn...awak adalah pencetus inspirasi saia.

#Terima Ya Allah...selepas 4TAhun ditinggalkan...Alhamdulillah...masih boleh beraksi..
tertarik dengan ayat sorang abang n kakak tadi...
abang : kos ape dik?
aku : major fizik
kakak : wah,budak sains tu..ye lah kalau dah minatkan..
aku : budak sains kak,boleh jadi budak sastera,tapi budak sastera tak boleh jadi budak sains..kan?
kakak : betul2..akak ni orang bm tapi...tulah...hehehe
abang : aku pun sama...

lepas je penyampaian hadiah aku pun meraihkan..hahaha...
mcd vs kfc
thanks kak Alynn jamaludin.. aku dapat dua Apple pIE..hehehe..

sayang awak lebeyh lah!


Monday, 16 April 2012

rock rappel relax "every step worth a life"

"every step worth a life"
trademark yang dipegang selama seminggu di gunung rabong
well,10-15april2012 menjadi saksi semangat kembara 19 orang peserta yang bertungkus lumus menghabiskan expedisi gunung rabong ini. hasilnya???
lumayan kok..
walaupun kaki ku luka teruk, tapi aku puas hati..atleast,aku dapat habiskan pendakian selama seminggu ini tanpa menyusahkan orang sesekeliling...syabas untuk mereka semua..aku rasa bangga kerana diberi kepercayaan yang aku mampu naik rabong ni..hahaha..akhirnya..berakhir jugak seminggu yang mencabar mental dan fizikal...#menangis time nak turun..menangis sebab sentap dengan "ayat2" yang terlalu sedap jadi halwa telinga..tapi its oke...hehehe..
gambar kat air terjun yang keberapa aku pun tatau..yang pasti time ni aku baru lepas nangis..hahaha...malu sangat...haila...seronok...happening...(time kat atas tobat tanak naik da) huhu...terima kasih Abah n guider team yang sangat sporting...really appreciate this moment...setidaknya takdelah bergantung kat tali beg orang lain..opsss..hehehehe...kelaut pulak da....ape2 pun..kita tunggu next event pulak..dan bulan 6 ni...Yeayyy..program aku..BERAKIT DI NENGGIRI!!!! sayonara RABONG....will miss all the moment....
abseilling kat batu negaraku
abseilling kat batu yang paling tinggi...
miss aleng.our pengarah project
pekerja-pekerja contractor..
ini lah Abah...our mastermind...umur?? cuma angka...
yehaaa..aksi terbaru repelling ye kawan-kawan...
the guiders!!!! awesome!!!


#aku tak tahu nak ekspresikan mcmana ekstremnya gunung ni...kalau korunk nak..alamilah sendiri..bak kata abang madey..one of the guider,gunung rabonglah gunung paling ekstrem kat malaysia...kinabalu?? pun kalah beb..SYABAS team Rabong 2012!!!

Thursday, 29 March 2012

...tentang mereka..


ekin
tim
angah
alin
miza
eza
wawa
nana
yeah..dorang ni lah kawan2 aku kat upm ni...mcm2 gelagat..aku suka buli dorang..hahaha...especially nana ngn miza..comel sangat...kadang2 tu terkasar jugak gurauan...hahaha...

"tiada luas yang mampu menandingi sayangku
tiada kedalaman yang mampu tandingi sayangku
tiada banyak yang mampu tandingi sayangku
tiada umpama tiada laksana tiada seerti yang mampu membicarakan yang mampu membuktikan sayangku pada kalian"


..terima kasih kerana sudi kawan dengan saia...

tuhan,seandainya pilihan ini benar,peliharalah persahabatn ini.jangan jadikan kenangan lalu menghantui..ku mohon....biarlah kesilapan semalam berlalu pergi bersama lipatan sejarah yang tidak mungkin kan ku singkap..


Saturday, 17 March 2012

#akurindu#

kadang-kadang perkataanku terlalu keras menghukum..sebab apa?
sebab aku sayang..
kadang-kadang lagakku tak ubah bagai ayah yang garang..sebab apa?
sebab aku sayang..
aku tau kau tak mengerti lagi..tak apa..aku faham..bencilah aku..sbb aku takkan pernah benci kau...

"andai kubisa petik bintang dilangit..kan ku hadiahkan untukmu jadikan hiasan kerongsang dibajumu. . . "

....rindu kau kembar!!!...

Thursday, 15 March 2012

"dia norfamieza jadi"

#bismillahhirrahmanirrahim#
#assalamualaikum#

hari ni rasa teruja nak cerita pasal sorang kawan ni.
nama dia miza.
aku selalu buli dia n sakat dia..
dia ni sangat innocent.sweet.i love the way herself.
pendekkan cerita..dia ni dah jatuh cinta kat someone.

alkisahnya bermula,dia tersalah cam orang.dan mulai dari detik itu,aku pun "keneng2"kanlah mereka.
satu sem berlalu dengan gurauan dan buli2an aku kepada dia.
tapi aku betul2 tak sangka. dia betul2 sangkut kat mamat tu.
ohmy...what should i do??
then,semalam.aku dapat mesej dari miza.

" miza : kakak,adek rasa nak nangis lah kakak
aku : lorh,kenapa pulak? ce cite kat kakak. terasa hati ngn gurauan kakak ea?
miza : eh,tak lah.tak tahulah kenapa.rasa cam sakitnya perasaan ni..cume bole tgk dye dari jauh..takleh nak approach pon.rase jaoh je. "

see..she do fallen in love with that guy..
i must do something.
sakit sangat perasaan tu bila kita terpaksa pendam.
sakit bila kita hanya mampu memandang dari jauh dan tak mampu nak tegur..
oh hati..bersabarlah...
"ya allah,jika engkau ciptakan sang jejaka itu untuk sahabatku..maka kau dekatkanlah hati mereka.jika dia bukan untuk sahabatku,maka periharalah hati dan perasaannya daripada terluka.aammiinn"



...inilah mizaaa..




#kerna aku sayang sahabat2ku. . .

menagislah.

kawan,

kalau menagis itu mampu membuat kau lega.

menangislah.

tak salah menangis.kerana dengan airmata itulah.

kau mampu melihat dunia dengan jelas.



kawan,
menangislah sepuas hatimu seandainya.

airmata mampu tenangkan runtun jiwamu.

aku hanya mampu melihat.

aku tidak mampu menghulur.

aku juga tidak punya solusi.

tapi aku punya bahu.

untuk kau lepaskan segala keluh kesahmu.

menangislah...kemudian..senyumlah kawan.


#dedicate to someone dearest to myself..well..i do love them!


Sunday, 1 January 2012

...the notoriuos 5km5 reunited...


..before..



...after 3years leaving skull...

...the notorious 5km5...

bangga dapat jadi sebahagian budak kelas ni..yang semuanya memang mereng...haila..rindu sangat kat kalian....huhuhu....bila reunited balik..macam2 cerita yang keluarkan...mula ar kenang kisah2 nakal kat skulah dulu...
siriusly...
#rindu :
1.nyanyi lagu negaraku sebab tak bawak kalkulator
2.jalan itik sebab bising
3.kena announce kelas terkotor setiap minggu
4.men kejar2 ngn pengetua
5.kena bebel ngn cikgu sejarah
6.kena bagi tazkirah ngn ustazah
7."girl at the back the plis dun sleep"
8.kena baling maker pen mcm peluru pandu

ishhh..banyaklah...nakalnye dulu..hak3...eh lagi satu paling aku rindu :
"kamu tido???? batang kayu!"
"semua beratur..angkat tangan tinggi2..tak cukup tinggi saya rotan sampai berbirat"

rindunye...nak balik skulah balikkkk.....




Thursday, 22 December 2011

last lecture with mr.chomel..opss...


ouh..its 22dec2011...hua...14minggu bersama mr.chomel..err..apa aku nak cerita sebenarnya???uhhh...aha...well..act,aku suka kelas calculus..then,i should prove to sir nazrul azlan(mr.chomel punya nama) yang aku boleh score... love it when he said "marni,boleh tak?" aha..he is such a nice person!!! hehehehehe.....harap2 sem akan datang dapat lecturer mcm mr.chomel lagi..tak pon biar mr.chomel je lah ajar lagi..kan..tapi tak dapat da..huhuhu..will miss the day that u suddenly getting tempered!! but u r da best sir!

thank u mr.chomel...we will miss u thissssssssssssssssssss much...





Wednesday, 21 December 2011

....hati yang lara lagi....

tak tahu dimana silap...
tak tahu dimana salahnya..
hati ini lara lagi...
tapi aku tidak mahu menangisi segala apa yang merobek hati ini..
biarlah dia membenci aku..
mungkin salahku..
khilaf yang aku lakukan..
tanpa sedari...
tapi mana mungkin ketenangan akan aku capai..
tatkala dia yang kecil hati denganku..
lalu apa perlu aku lakukan??
arghh..lupakan buat sementara waktu?
tapi restuku...syurgaku..
dibawah tapak kakinya..
andainya rajukmu kerna keceluparan mulutku..
ampuni aku..
aku sekadar membicarakan apa kebenarannya..
aku tidak berpihak pada siapa-siapa..
apa yang harus aku lakukan???
buntu memikirkan siang dan malam...

Sunday, 18 December 2011

tiba-tiba ia mengalir sederas air hujan yang lebat

tahu tak.apa yang lebih menyakitkan dalam hidup ini?? putus cinta?? perkara paling mengarut. .tiada yang lebih menyakitkan melainkan melihat insan yang kita sayang tiba-tiba berubah hanya dalam sekelip mata. senyuman yang dulu menjadi kekuatan bagi diri yang lemah.kini bertukar menjadi tangisan yang menjadi racun saban hari. mungkin aku tidak semalang mereka yang kehilangan kasih ibu atau ayah kerana kematian. tapi siapa sanggup kehilangan insan yang disayang kerana keegoan masing-masing?? sungguh aku tidak sanggup. .tapi apa yang perlu aku lakukan?? aku terhimpit diantara kedua-duanya..oh bukan ketiga-tiga. di antara insan2 yang kusayang. aku binggung..aku buntu..pada siapa harus ku luah?? tiada seorang pun yang mengerti..seandainya senyuman ini mampu membohongi segenap mata yang memandang tetapi tidak pada hati. aku boleh tipu orang lain. tapi aku tak boleh tipu diri sendiri..abah..mak..mungkin saya sudah cukup dewasa untuk menerima tamparan yang cukuo menyakitkan ini..tapi saya tidak sanggup melihat adik-adik saia hidup terkontang kanting..mereka masih muda untuk menerima ujian ini..mereka terlalu mentah untuk memahami semua ni...kalaulah saat ini aku mampu menjerit..aku mahu kalian tahu..aku terlalu sayangkan kedua-dua kalian..aku terhimpit ditengah-tangah..aku binggung..apa penyudahnya cerita sedih ini??? mak abah...berbaiklah..aku mohon...demi adik2..aku mohon...tolonglah..aku takut..aku terlalu takut....aku takut untuk menempu hari esok...aku tiada kekuatan..kerana kekuatanku adalah kalian berdua...aku takut...

mak..abah..
sakit hati ini bila lihat nanok nangis teresak-esak..merayu jangan tinggalkan kami..
sakit hati ini bila lihat nurul terpinga-pinga sebab tak faham apa yang sedang berlaku
sakit hati ini bila terkenangkan apa yang bakal terjadi..aku harap semua ni mimpi ngeri yang akan hilang bila aku bangun besok pagi...
sakit hati ini..sebab aku tidak punya sesiapa untuk aku cerita...
mak..abah..
saya terlalu sayangkan kalian berdua...

seandainya mimpi ngeri itu jadi kenyataan...
tolong jangan pisahkan saia dan adik-adik...
nyawa saia adalah mereka...
mak..abah..mengertilah...
airmata ini tidak akan berhenti selagi tiada perkhabaran yang indah dari kalian..
adik-adik sayang...
kakak ada untuk kalian..aku janji..aku sumpah..aku sanggup korbankan segala-galanya sekiranya untuk kalian..percayalah dik...kakak sentiasa ada untuk kalian..cuma ku harap..biarlah ini cuma mimpi ngeri yang bakal berakhir walaupun lambat..tapi biarlah berakhir dengan khabar yang indah....

SAYA SAYANG KALIAN SEMUA...

Thursday, 15 December 2011

..presentation terbaik..

yes...thanks to everyone in my group..hari ni dapat title presentation group terbaik...seronok rasanya...alhamdulillah..tak sia-sia bersengkang mata menyiapkan slide...well..group lain pon hebat sebenarnya tapi mungkin ada kelebihan sedikit pada group kami kot..kami pun biasa-biasa je..huhu.."the earthworm" yeah...sayang kalian..

credit to:
radzi rahman
tay kiang chong
famieza
and marnie!!!!....

disebalik senyuman ini....ada rahsia yang kusisip rapi...

kadang-kadang,tidak semua benda yang inginkan akan menjadi seperti apa yang kita mahu.
kadang-kadang,tidak semua yang kita miliki akan terus jadi milik kita.
betullah,hidup ini ibarat sebutir bawang.kita kupas selapis demi selapis dan akhirnya kita kan titiskan air mata.
kadang-kadang juga,hidup ini tidak seperti apa yang kita sangkakan.
aku percaya,disetiap wajah itu,tersimpan 1001 cerita yang kita semua tidak tahu.
disebalik senyuman ini..tersimpan sebuah cerita yang kadang-kadang membuatkan aku putus asa.
tapi kerana janjiku.aku kuatkan semangat supaya suatu hari nanti apa yang aku inginkan akan aku kecapi.
kalaulah aku mampu untuk mengubah segalanya,akan aku ubah setiap cerita ini mencerita cerita gembira. tapi benarlah,setiap kesakitan itulah yang menjadi guru kematangan seseorang. yang manis kadang-kadang menjadi racun..yang pahit kadang-kadang menjadi madu yang manis. sabarlah wahai hati..bertahanlah selagi kau mampu untuk bertahan..
buat insan yang kusayang.....
mak...
kalau kakak boleh kendong segala kesakitan itu,berilah padaku...
biar aku yang menanggung...
mak abah..
kakak sayang kalian...jangan runtuhkan kekuatanku..
kerana kekuatanku adalah kalian...
Ya Allah...kuatkan semangat kami....

Tuesday, 13 December 2011

bila aku jatuh cinta..wott..wott...



apa defini cinta yang sebenarnya?
cinta adalah anugerah...haha..jiwangnye...bila aku jatuh cinta...
ntahlah aku pon tak tahu bila..mcmana perasaannya?? untunglah orang yang ada kapel kan...
aku pon untung jugak...wow..tak pernah menyintai..tapi dicintai..hahaha...berkawan itu lebih baik lah...
sakit jiwa bila putus cinta...jadi..berkawanlah biar sejuta...

kepada sidia yang bakal menjadi imam dalam masjid ku...akan aku simpan cinta ini untukmu...hahahaha...cett...mcm org meroyan...
tak terdesak pon nak ada pakwe...tapi kan kadang2 cemburu tgk org yang berkasih sayang ni..aisssehh..mcm sweet je...hahahha..wot2...tapi kalau ada kapel yang mcm hampeh..tak guna jugak kan..huhu..anak harun anak harun*pnjam ayat semut jap..
entri ni aku tulis bukan sebab aku nak highlight yang aku dah jatuh cinta...tapi saje2 je...teringin gak nak rasa jatuh cinta ni..aisehhh...asik jatuh tangga je..tatau bila nak jatuh cintanya...


Monday, 12 December 2011

...familyday technical (orange v) k5)...


        

technically a team..officially a family..yeah...huhuhu..setenang air di kali....well..ini pemandangan air terjun kat gabai..bukan gabai yang aku nak cerita..tapi keseronokkan bersama-sama team mate...team technical k5..awesome bebeh...sayang mereka semua..walaupun tak seberapa tapi disebabkan kesungguhan menjayakan aku sejujurnya dapat rasakan dorang memang terbaek...sehari yang penuh dengan kegembiraan...harap2 senyuman kegembiraan ni tak kan terhakis...even,pagi2 tu da kena bebel ngn sorang kakak ni tapi disebabkan yang lain bagi support,pedulikan sama itu kakak yang kuat bebel..annoying u know...eiii...serabut aku bila pagi2 da dengar org membebel..huhu..mak aku pon tak mcm tu..kuang3..ehh..kelain pulaknya..hahaha...takkisahlah yang penting aku enjoy!!!!
                                  LOVE ORANGE 5th CREW!!!

Sunday, 11 December 2011

terima kasih RAKAN IDEAL



tercipta satu sejarah! urggghhh... malu bila ngis depan org. ishh..mencabar ketampanan aku! ok..rakan ideal..program ni sama mcm mentor mentee lah. best jugaklah program ni tapi yang tak bestnye..aku pulak terlebih emo time ni..ish.. aku tak tahu mcmana aku leh ngis time kena bentang sal matlamat aku..eiii..malu seyh...tapi serius..aku memang tak tahan time tu..tiba2 teringat abah..petang tu abah call..aku suruh dia dtg lawat aku..dia cakap dia tak sihat..ouh..makin luluh jantung aku...sejujurnya..bila org tanya pasal matlamat..secara automatik aku akan teringat abah..insan yang paling banyak berjasa..bila ingat2 balik banyaknye dosa pasa abah..dulu aku terlalu nakal sampai abah sendiri penah cakap..abah tak percayakan aku.. bila aku da sedar segalanya..alhamdulillah masih belum terlambat untuk aku dapatkan semula kepercayaan abah.. tapi memang payah nak buat abah percayakan aku semula. susah nak tarik balik kepercayaan tu.. banyak benda yang aku buat ..sampai aku buat keputusan untuk pindah sekolah..then jadi lah alumni teksha sekarang ni. kat teksha bnyak bnda aku blajar.. memilih untuk jauh dari rumah..mula-mula agak payah..tapi dari hijrah itulah akhirnya hari ini aku jadi orang..terima kasih kawan-kawan.. thanks for bebidomiqa...bebidomiqa stands for:
                                 be- babe (marni..haha..aku ler tu)
                                bi-billa
                                do-dora
                                mi-mira
                                qa-atiqa a.k.a kecik...
yeah..mereka ni lah yang banyak ajar aku tentang hidup..daripada aku yang zero turn to hero..hero?? not really..tapi alhamdulillah..huhu..rindu berat sama kalian lah...
for abah : selagi aku punya peluang untuk kaut kembali senyumanmu dan kepercayaan mu..aku tetap akan berjuang untuk itu..kalaulah abah tahu,aku disini hari ini kerana semangatmu...
tiada yang lebih bermakna selain melihat abah tersenyum kerana diriku... hanya dengan 4flat lah aku mampu buat abah tersenyum.. sekali tu,abah tersenyum..Ya Allah...luluh jantungku..  abah..cinta dan airmataku hanya untukmu..terima kasih sebab masih bersama saya.. i love you abah..kalaulah aku ada kekuatan untuk cakap ini pada abah...ehmmm....